Affiliate

Jana pendapatan pasif melalui kerja mudah iaitu “copy & paste”. Tak perlu menjual!

Langkah 1 : Daftar sebagai Affiliate

Langkah 2 : Copy dan paste bahan promosi yang telah disediakan

Langkah 3 : Semak komisen dari masa ke semasa

Langkah 4 : Terima komisen pada setiap hari Isnin / Selasa / Rabu

Soalan Lazim

Apa itu Affiliate?

Affiliate adalah mereka yang “bekerja secara online” sebagai content distributor di platform 1Promoter. Tugas mereka adalah “copy & paste” bahan promosi yang disediakan oleh Seller ke medium-medium tertentu seperti Facebook / Twitter / Whatsapp dan sebagainya. Tak perlu datang office, tak perlu menjual. Boleh bekerja dari mana-mana juga.

Apa syarat untuk menjadi Affiliate?

Berikut merupakan terma dan syarat yang harus dipatuhi oleh setiap Affiliate 1Promoter :

1) Affiliate mestilah bersetuju untuk TIDAK menggunakan sebarang teknik promosi yang tidak patuh syariah dan menyalahi undang-undang Malaysia.

2) Affiliate mestilah melakukan promosi di tempat yang betul menggunakan cara yang betul sahaja. Jika tidak, sebarang kesan buruk yang bakal timbul adalah di bawah tanggungjawab Affiliate sendiri.

3) Komisen per klik HANYA akan dikira untuk UNIK klik sahaja.

4) Komisen per jualan (jika ada) HANYA akan dibayar sekiranya prospek membuat pembelian secara ONLINE dan di track oleh sistem sahaja. Komisen ini tertakluk pada budi bicara pihak Seller.

5) Komisen hanya akan direkodkan jika ia dapat di track oleh sistem sahaja. Manakala klik / transaksi yang tidak dapat di track oleh sistem tidak akan dikira.

6) Pihak 1Promoter mempunyai hak untuk menggunakan trafik daripada Affiliate untuk tujuan pemasaran, promosi, laporan dan sebagainya.

7) TIADA komisen yang akan diberikan sekiranya terdapat sebarang transaksi peribadi dilakukan oleh Affiliate melalui link affiliate mereka sendiri.

8) Pihak 1Promoter mempunyai hak untuk menukar atau menambah apa-apa terma dan syarat pada masa hadapan sekiranya ia diperlukan tanpa sebarang persetujuan daripada Affiliate.

Selain itu, sila rujuk halaman  terma & syarat untuk mengetahui terma & syarat utama platform 1Promoter dan juga halaman larangan untuk mengetahui perkara-perkara yang affiliate tidak boleh lakukan.

Ada tak sebarang bayaran dikenakan untuk menjadi Affiliate?

Tiada sebarang yuran dikenakan. Malahan anda yang akan dibayar komisen.

Apa tugas Affiliate?

Tugas utama Affiliate adalah copy & paste bahan promosi yang disediakan oleh Seller ke medium-medium tertentu seperti Facebook / Twitter / Whatsapp dan sebagainya. Tak perlu close sale. Tak perlu support pelanggan.

Selain itu, JIKA PERLU (optional) Affiliate juga boleh meninggalkan/membalas komen di post yang mereka buat untuk meningkatkan “reach” post.

Berapa komisen yang Affiliate akan dapat?

Kadar komisen yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut apa yang ditawarkan oleh Seller.

Anda boleh login ke dashboard akaun Affiliate, kemudian klik pada Promotion > Campaigns untuk melihat jumlah komisen yang ditawarkan untuk setiap produk.

Sila lihat tutorial lengkap di sini.

Bagaimana cara jana pendapatan pasif di 1Promoter?

Anda boleh jana pendapatan pasif dengan cara merekruit SubAffiliate secara direct mahupun indirect.

Cara Jana Pendapatan Pasif Di 1Promoter

Bila komisen Affiliate akan dibayar?

Pembayaran komisen akan dilakukan secara mingguan iaitu pada setiap hari Isnin / Selasa / Rabu setelah nilai minimum komisen terkumpul berjumlah RM5 dan ke atas.