Kenapa Komisen Kena Declined?
Jika anda pergi ke ruangan Reports > Clicks List, anda akan dapat lihat terdapat sebahagian daripada klik yang anda perolehi telah di declined oleh sistem.
Untuk makluman, semua klik yang anda perolehi di rekod secara automatik oleh sistem. Jika klik yang diperolehi adalah klik daripada individu yang sama ke atas banner yang sama, maka klik tersebut akan di declined oleh sistem.
Ini adalah kerana komisen per klik yang ditawarkan di 1Promoter hanya untuk UNIK klik sahaja.
Manakala untuk produk / kempen yang menawarkan komisen per sale pula, komisen akan di declined secara auto / manual jika buyer cancelled order, fraud order dan sebagainya.
Anda boleh lihat ruangan Reports > Commissions untuk melihat status komisen per sale anda (jika ada).