Perkara Yang Affiliate Tak Boleh Buat!

Di 1Promoter, pihak kami sedaya upaya cuba untuk mewujudkan situasi menang-menang di antara Seller dan juga Affiliate.
Ini penting supaya semua pihak dapat berterusan jana pendapatan dengan cara yang mudah dan murah.
Untuk tujuan itu, terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh setiap Affiliate bagi memastikan pihak Seller dapat menjana keuntungan dan seterusnya mampu untuk membayar komisen kepada Affiliate secara berterusan.
Berikut merupakan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Affiliate 1Promoter :
1) Tidak Boleh Mengubah Bahan Promosi
Affiliate tidak dibenarkan untuk mengubah bahan promosi yang telah disediakan oleh pihak Seller melainkan perkara yang diubah masih mengekalkan maksud yang hendak disampaikan.
Sebagai contoh : Ahmad hendak makan
✅ Ahmad mahu makan
✅ Ahmad nak makan
Penukaran “hendak” kepada “mahu / nak” adalah dibenarkan sebab ia tidak mengubah maksud yang hendak disampaikan.
❌ Ahmad suka makan
❌ Ahmad dah makan
Penukaran “hendak” kepada “suka / dah” adalah tidak dibenarkan sebab ia telah mengubah maksud ayat yang hendak disampaikan.
Peraturan ini perlu dipatuhi oleh Affiliate untuk mengelakkan berlakunya kesalahfahaman dalam proses menyebarkan bahan promosi.
Selain itu, pihak Seller juga mungkin lebih arif tentang apa yang ingin disampaikan kepada prospek mereka. Jadi adalah penting bagi Affiliate untuk mengekalkan bahan promosi sepertimana yang telah disediakan.
Kelonggaran mengubah ayat yang sama maksud diberikan kerana adakalanya pihak penyedia channel (contoh : Facebook) atau pemilik group akan menyekat post yang kandungannya 100% sama daripada di post berulang-ulang kali.
Jadi sedikit perubahan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelonggaran diberikan untuk individu-individu berikut :
✅ Blogger
✅ Mereka yang nak gunakan iklan berbayar (FB Ads / Adwords / etc)
✅ Influencer (Youtuber / Instafamous / Tiktokers / etc)
✅ Mereka yang mahir dalam selok belok penulisan.
Individu-individu tersebut diberi kelonggaran untuk menggunakan ayat mereka sendiri disebabkan terdapat beberapa kekangan yang tak boleh dielakkan. Namun mereka perlu menghubungi pihak 1Promoter beserta content mereka untuk mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.
2) Tidak Boleh Suruh Orang Lain Klik Link Affiliate
Affiliate tidak dibenarkan untuk menyuruh orang lain (contoh : kawan / kenalan) klik pada link affiliate mereka semata-mata untuk mendapatkan komisen per klik.
Ini kerana perbuatan seperti itu juga akan menyebabkan pihak Seller mengalami kerugian kerana mereka yang klik bukanlah prospek yang benar-benar berminat dengan produk Seller.
Sebaliknya mereka hanya klik untuk membantu Affiliate (yang mungkin rakan / kenalan mereka) mendapatkan komisen sahaja.
Harus diingat, jika Seller rugi, lambat laun Affiliate juga akan rugi sebab komisen dibayar oleh pihak Seller!
Oleh yang demikian, Affiliate mestilah “membantu” Seller dengan cara yang betul supaya Seller dapat prospek yang sepatutnya.
3) Tidak Boleh Guna Bahan Promosi Dari 1Promoter Untuk Kegunaan Lain
Affiliate tidak dibenarkan untuk menggunakan bahan promosi yang diambil dari platform 1Promoter untuk tujuan lain seperti kegunaan personal / mempromosikan produk platform lain / dan sebagainya.
4) Tidak Boleh Sebarkan Bahan Promosi Guna Software atau Teknik Greyhat / Blackhat
Software atau teknik yang greyhat / blackhat biasanya akan membawa kesan buruk bukan sahaja pada Affiliate yang terlibat, bahkan juga akan turut memberi kesan pada imej 1Promoter dan juga Seller yang terlibat.
Atas sebab itu ia tidak dibenarkan sama sekali walaupun ia mungkin berkesan ataupun memudahkan kerja Affiliate dalam menyebarkan bahan promosi.
5) Tidak Boleh Guna Link Shortener Lain
Dalam sistem 1Promoter telah tersedia fungsi Link Shortener untuk memudahkan Affiliate memendekkan link affiliate masing-masing.

Affiliate tidak dibenarkan untuk menggunakan link shortener lain seperti bit.ly dan sebagainya kerana dapati adakalanya ia conflict dengan sistem 1Promoter selain terdapat beberapa isu lain.
Disebabkan komisen per klik adalah muktamad dan tak boleh dirunding, maka Affiliate tidak dibenarkan menggunakan link shortener lain selain daripada yang terdapat pada sistem 1Promoter.
Denda Yang Akan Dikenakan
Sekiranya Affiliate melakukan kesalahan-kesalahan yang telah disenaraikan di atas, mereka akan dikenakan denda seperti berikut :
Kesalahan Pertama
1) Affiliate yang terlibat akan diberi amaran pertama.
2) Komisen yang terhasil akan dibatalkan.
Kesalahan Kedua
1) Affiliate yang terlibat akan diberi amaran kedua.
2) Komisen yang terhasil akan dibatalkan.
3) Sekiranya Affiliate tersebut mempunyai Sub-Affiliate, 10 orang Sub-Affiliate terbaik beliau akan ditransfer ke pihak yang melaporkan kesalahan beliau atau ditransfer ke pihak 1Promoter (jika tiada pelapor).
Kesalahan Ketiga
1) Penyertaan Affiliate yang terlibat akan dibatalkan.
2) Komisen yang terhasil akan dibatalkan.
3) Affiliate yang terlibat akan disenaraihitam dari menyertai program Affiliate 1Promoter semula.
Tindakan-tindakan di atas akan diambil berdasarkan kepada tahap keseriusan kesalahan dan juga kesannya pada pihak 1Promoter mahupun Seller yang terlibat.