Tempat Untuk Share Bahan Promosi

Terdapat banyak tempat atau channel yang Affiliate boleh gunakan untuk share bahan promosi. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Antaranya :
1) Facebook / Twitter / etc milik sendiri (percuma)
2) Facebook Group setiap daerah (percuma)
3) Facebook Group ikut niche seperti group memasak / deko / etc (percuma / berbayar)
4) Facebook Page yang mempunyai followers yang ramai (berbayar)
5) Facebook / Twitter milik influencer yang ramai followers (berbayar)
6) Group Whatsapp / Telegram komuniti (percuma)
7) Blog bertrafik tinggi (berbayar)
8) Twitter yang ramai follower (berbayar)
9) Facebook Ads / Google Ads / Youtube Ads / Tiktok Ads / etc (berbayar)
dan banyak lagi.
Untuk mengelakkan persaingan ketat sesama sendiri di satu-satu channel, Affiliate boleh lakukan carian sendiri berdasarkan kepada info di atas.
Pastikan anda baca dan patuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penyedia channel promosi yang anda lakukan. Pihak 1Promoter tidak bertanggungjawab jika anda melanggar terma dan syarat mereka.
Untuk “long term strategy”, Affiliate digalakkan untuk bina “kolam” milik sendiri seperti Telegram Channel, Blog, Youtube Channel dan sebagainya. Ini penting supaya kita boleh dapat banyak trafik secara berterusan tanpa perlu bergantung kepada orang lain.