Seller

Tingkatkan Jualan Online Dengan Menarik Lebih Ramai Prospek Ke Kedai Shopee Anda Pada Kos Yang Lebih Rendah!

Langkah 1 : Daftar akaun Seller

Langkah 2 : Topup akaun Prepaid Seller untuk tujuan pembayaran komisen

Langkah 3 : Masukkan produk dan bahan promosi ke dalam sistem

Langkah 4 : Semak statistik klik / jualan (jika ada) dari masa ke semasa

Langkah 5 : Komisen akan dibayar oleh pihak 1Promoter kepada Affiliate pada setiap hari Isnin / Selasa / Rabu menggunakan Prepaid Seller

Soalan Lazim

Siapakah yang dimaksudkan dengan Seller?

“Seller” di 1Promoter adalah mereka yang menyenaraikan produk/kedai Shopee mereka di 1Promoter untuk di promosikan oleh Affiliate.

Apa syarat untuk menjadi Seller?

Berikut merupakan terma dan syarat yang harus dipatuhi oleh setiap Seller 1Promoter :

1) Setiap individu hanya dibenarkan mempunyai SATU akaun Seller sahaja.

2) Produk yang disenaraikan di 1Promoter mestilah di jual di Shopee.

3) Seller MESTI menjual produk yang patuh syariah dan tidak menyalahi undang-undang Malaysia.

4) Seller TIDAK dibenarkan menyediakan bahan promosi yang tidak patuh syariah (seperti mendedahkan aurat) dan menyalahi undang-undang Malaysia.

5) Pihak 1Promoter mempunyai hak untuk menggunakan bahan promosi daripada Seller untuk tujuan pemasaran, promosi, laporan dan sebagainya.

6) Seller diwajibkan untuk membayar komisen per klik (UNIK klik).

7) Adakalanya Affiliate akan cuba klik pada link mereka sendiri untuk melihat sama ada ia berfungsi atau tidak. Ini akan menyebabkan Seller terpaksa membayar komisen per klik untuk “percubaan” tersebut kerana ia di luar kawalan sistem. Walaubagaimanapun, hanya klik pertama sahaja yang perlu dibayar. Klik berikutnya adalah percuma kerana sistem 1Promoter hanya mengambilkira unik klik sahaja.

8) Pembayaran komisen akan dilakukan oleh pihak 1Promoter. Seller mesti topup prepaid dari masa ke semasa untuk membolehkan pembayaran komisen dilakukan.

9) Pihak 1Promoter mempunyai hak untuk menukar atau menambah apa-apa terma dan syarat pada masa hadapan sekiranya ia diperlukan tanpa sebarang persetujuan daripada Seller.

Selain itu, sila rujuk halaman terma & syarat untuk mengetahui terma & syarat utama platform 1Promoter.

Apa tugas Seller?

Tugas utama Seller adalah menyediakan bahan promosi untuk dipromosikan oleh Affiliate.

Bagaimana cara untuk top up akaun Prepaid Seller?

Untuk top up akaun Prepaid Seller, klik pada button Seller > Prepaid Top Up yang terdapat di ruangan menu website ini.

Adakah dijamin akan dapat klik / jualan?

Maaf, kami tak beri sebarang jaminan. Jika bahan promosi yang anda sediakan menarik dan komisen yang anda beri berbaloi, insyaAllah ramai affiliate akan promote untuk dapatkan klik / jualan.

Kalau iklan tak jalan, adakah boleh refund?

Ya boleh. Tapi dengan syarat bahan iklan anda telah melebihi 2 minggu berada dalam sistem 1Promoter.

Setelah request untuk refund, pihak 1Promoter akan mengambil masa 1 minggu sebelum memberhentikan kempen anda dan memulangkan duit anda.

Tempoh ini diperlukan untuk memastikan Affiliate dapat buat pecutan terakhir sehingga tiada lagi limpahan trafik masuk ke kempen anda.

Secara ringkasnya :

Kelayakkan : Bahan promosi dah berada 2 minggu dalam sistem 1Promoter.

Tempoh Menunggu : 1 minggu selepas permohonan refund