Terma Dan Syarat

1Promoter merupakan platform affiliate network yang di dalamnya melibatkan beberapa pihak iaitu Online Seller, Affiliate dan pihak pengurusan (1Promoter).

Bagi memastikan platform ini dapat berjalan dengan lancar, mereka yang terlibat haruslah mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan supaya tiada masalah yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.

Berikut merupakan terma dan syarat yang harus dipatuhi oleh setiap individu yang menggunakan platform ini :

1) Utama

1.1) Anda mestilah warganegara Malaysia, mempunyai akaun bank tempatan dan mematuhi segala peruntukan undang-undang Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan.

1.2) Setiap individu (Seller / Affiliate) tidak boleh menggunakan sebarang helah yang boleh merugikan mana-mana pihak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

1.3) Sekiranya terdapat isu negatif sepanjang anda berurusan di platform ini, anda seharusnya berunding dengan pihak yang terlibat terlebih dahulu terlebih dahulu. Sekiranya tidak berhasil, anda boleh melaporkan isu tersebut kepada pihak 1Promoter untuk tindakan susulan. Anda tidak dibenarkan sama sekali menghebohkan sebarang isu negatif di media social. Tindakan anda mem”viral”kan sesuatu yang boleh menjejaskan nama baik platform ini secara langsung mahupun tidak langsung adalah satu kesalahan yang serius.

2) Seller

2.1) Setiap individu hanya dibenarkan mempunyai SATU akaun Seller sahaja.

2.2) Produk yang disenaraikan di 1Promoter mestilah di jual di Shopee.

2.3) Seller MESTI menjual produk yang patuh syariah dan tidak menyalahi undang-undang Malaysia.

2.4) Seller TIDAK dibenarkan menyediakan bahan promosi yang tidak patuh syariah (seperti mendedahkan aurat) dan menyalahi undang-undang Malaysia.

2.5) Pihak 1Promoter mempunyai hak untuk menggunakan bahan promosi daripada Seller untuk tujuan pemasaran, promosi, laporan dan sebagainya.

2.6) Seller diwajibkan untuk membayar komisen per klik (UNIK klik).

2.7) Adakalanya Affiliate akan cuba klik pada link mereka sendiri untuk melihat sama ada ia berfungsi atau tidak. Ini akan menyebabkan Seller terpaksa membayar komisen per klik untuk “percubaan” tersebut kerana ia di luar kawalan sistem. Walaubagaimanapun, hanya klik pertama sahaja yang perlu dibayar. Klik berikutnya adalah percuma kerana sistem 1Promoter hanya mengambilkira unik klik sahaja.

2.8) Pembayaran komisen akan dilakukan oleh pihak 1Promoter. Seller mesti topup prepaid dari masa ke semasa untuk membolehkan pembayaran komisen dilakukan.

2.9) Pihak 1Promoter mempunyai hak untuk menukar atau menambah apa-apa terma dan syarat pada masa hadapan sekiranya ia diperlukan tanpa sebarang persetujuan daripada Seller.

3) Affiliate

3.1) Setiap individu hanya dibenarkan mempunyai SATU akaun Affiliate sahaja. Penipuan dalam bentuk pendaftaran beberapa akaun semata-mata untuk mendapatkan keuntungan tertentu adalah satu kesalahan yang serius.

3.2) Affiliate mestilah bersetuju untuk TIDAK menggunakan sebarang teknik promosi yang tidak patuh syariah dan menyalahi undang-undang Malaysia.

3.3) Affiliate mestilah bersetuju untuk TIDAK melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam proses penyebaran bahan promosi.

3.4) Affiliate mestilah melakukan promosi di tempat yang betul menggunakan cara yang betul sahaja. Jika tidak, sebarang kesan buruk yang bakal timbul adalah di bawah tanggungjawab Affiliate sendiri.

3.5) Komisen per klik HANYA akan dikira untuk UNIK klik sahaja.

3.6) Komisen hanya akan direkodkan jika ia dapat di track oleh sistem sahaja. Manakala klik / transaksi yang tidak dapat di track oleh sistem tidak akan dikira.

3.7) Pihak 1Promoter mempunyai hak untuk menggunakan trafik daripada Affiliate untuk tujuan pemasaran, promosi, laporan dan sebagainya.

3.8) TIADA komisen yang akan diberikan sekiranya terdapat sebarang transaksi peribadi dilakukan oleh Affiliate melalui link affiliate mereka sendiri.

3.9) Komisen yang gagal dibayar akibat maklumat pembayaran komisen yang salah akan luput selepas tempoh 3 bulan jika tidak dituntut. 

4.0) Pihak 1Promoter mempunyai hak untuk menukar atau menambah apa-apa terma dan syarat pada masa hadapan sekiranya ia diperlukan tanpa sebarang persetujuan daripada Affiliate.

4) Lain-Lain

Untuk menjalankan dan mengembangkan operasi, pihak 1Promoter memerlukan dana yang besar setiap bulan. Atas sebab itu, keuntungan perlu diambil daripada situasi-situasi berikut :

4.1) Mana-mana Affiliate yang mendaftar tanpa melalui mana-mana Affiliate lain akan dijadikan sub-affiliate kepada pihak 1Promoter.

4.2) Sub-affiliate kepada Affiliate yang di ban akan dijadikan sub-affiliate kepada pihak 1Promoter sekiranya tiada pengadu terlibat.

4.3) Jika kempen / produk dihentikan, link affiliate akan di redirect ke link affiliate Shopee milik pihak 1Promoter.