Affiliate – Step By Step Cara Mula

Kepada mereka yang baru nak mendaftar sebagai Affiliate atau baru lepas daftar, tapi masih tak jelas apa nak buat, tutorial di bawah adalah untuk anda.
Pastikan anda fahamkan betul-betul dan kemudian follow step by step seperti yang diterangkan.
1) Daftar Affiliate
Untuk yang belum mendaftar, anda boleh lakukan pendaftaran terlebih dahulu di sini.
2) Follow Telegram & Facebook
Pastikan anda join Telegram Channel dan Facebook Group 1Promoter supaya anda tak terlepas info-info penting seperti produk baru, bahan promosi baru dan sebagainya.
3) Pantang Larang & Tutorial
Pastikan anda baca dan fahamkan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Affiliate. Selain itu, jangan lupa lihat tutorial cara guna sistem 1Promoter.
4) Pilih Produk & Bahan Promosi
Login ke akaun Affiliate anda untuk pilih produk yang nak dipromosikan. Kemudian dapatkan bahan promosi untuk produk tersebut.
5) Sebarkan Bahan Promosi
Copy dan paste bahan promosi ke medium-medium yang bersesuaian supaya ramai prospek nampak.
6) Lihat Report
Apabila link affiliate dalam bahan promosi yang anda share di klik oleh prospek, anda akan dapat komisen. Anda boleh lihat komisen tersebut di ruangan Reports.
7) Pembayaran Komisen
Komisen yang terkumpul akan dibayar seminggu sekali iaitu pada hari Isnin / Selasa / Rabu.
8) Pasif Income (optional)
Sekiranya anda berminat nak dapatkan pasif income, anda bolehlah rekruit Sub-Affiliate melalui link anda.
Setiap kali Sub-Affiliate dapat klik / sale, anda akan turut mendapat komisen “atas angin” juga.
Semakin ramai Sub-Affiliate di bawah anda, maka semakin besarlah potensi pasif income yang anda bakal perolehi.
9) Konsisten
Untuk mendapatkan income secara berterusan setiap minggu, anda perlu konsisten promote bahan promosi yang disediakan dan rekruit Sub-Affiliate (optional) baru setiap hari.
InsyaAllah jika anda konsisten, tak mustahil anda boleh dapat komisen 3 ke 4 angka sehari!